GEMPAR PEGAWAI KESIHATAN MASUKKAN JENTIK-JENTIK DALAM TANGKI

on Friday, September 20, 2013

Gempar dan sangat memalukan Pegawai Kesihatan masukkan jentik-jentik dalam tangki telah tersebar luas. Dua individu yang dipercayai kakitangan jabatan kesihatan telah memasukkan jentik-jentik kedalam salah sebuah tangki di sebuah bengkel kereta di Tamna industri Bahau pada tarikh 17 september 2013.
Perkara yang memalukan itu dapat dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV  bengkel berkenaan dan telah dimuat naik pada tarikh 18 september 2013. Kononnya tangki bengkel tersebut mengandungi jentik-jentik  dan meminta pihak bengkel untuk membayar saman kepada dua kakitangan jabatan kesihatan tersebut. Dengan nada yang keras pengusaha bengkel tersebut menyatakan dia sentiasa membersihkan tangki simpanan airnya setiap selang 2 hari. Akibat daripada itu , pengusaha bengkel tersebut melihat rakaman kamera litar tertutup CCTV yang telah dipasang di kawasan berkenaan. Ternyata pegawai kesihatan itu yang telah memasukkan jentik-jentik kedalam tangki tersebut.

Gambar beserta Video Youtube  pegawai kesihatan masukkan jentik-jentik dalam tangki




Tangki yang telah dimasukkan jentik-jentik

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO