ZED SEKAT TAWARAN LAKONAN ISU NEELOFA - ANZALNA

on Sunday, June 17, 2012

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, pihak persatuan akan mengatur satu pertemuan bersama Anzalna dan Neelofa untuk memberi nasihat dan sekaligus membantu menyelesaikan pertelingkahan mereka.

Katanya, Anzalna telah berjumpanya dan menceritakan perihal sebenar kepadanya.

Saya kini sedang menanti Neelofa untuk berjumpa saya. Difahamkan, Neelofa kini berada di Sabah dan akan pulang 17 Jun (hari ini). Jadi, saya akan mendengar luahan Neelofa terlebih dahulu.

Kemudian, saya akan aturkan satu pertemuan bersama mereka untuk berbincang dan memberi nasihat kepada mereka. Pertemuan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli jawatan kuasa disiplin persatuan sahaja

Ditanya mengenai amaran sekatan tawaran lakonan yang dikeluarkan kepada Anzalna, Neelofa dan Tasha sebelum ini, Zed berkata, jika mereka ingkar dan terus bergaduh, persatuan akan meneruskan sekatan itu sebagai pengajaran.

Dalam kes mereka bertiga, jika kita gantung keahlian mereka selama sebulan, secara automatik, pihak produksi tidak boleh mengambil mereka berlakon dalam tempoh itu kerana mereka perlu menjadi ahli persatuan yang aktif.

"Justeru, secara tidak langsung, tawaran lakonan mereka akan disekat. Namun, itu hanya jalan terakhir dari jawatankuasa disiplin jika pertelingkahan mereka tidak selesai,
" katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO