ZACK NEW BOYZ HADAPI HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI

on Saturday, June 16, 2012

Bekas pemain bass kumpulan New Boyz, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, atau lebih dikenali sebagai Zack berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dua tahun lalu.

Menurut laporan sebuah akhbar, Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes ini akan disambung pada 24 September depan.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO