TUN SITI HASMAH PILIH ERRA DALAM TEATER

on Monday, June 4, 2012



Hiburan edisi petang akan memaparkan kisah menarik Tun Siti Hasmah akan memilih  Erra Fazira dalam teater beliau yang akan berlangsung nanti.

Bagi Erra, menjayakan karakter tokoh terkemuka itu umpama satu penghormatan tertinggi sepanjang karier seninya.

Sudah membintangi puluhan filem, nama Erra terpahat sebagai primadona Melayu alaf baru yang masih belum ada tandingannya hingga kini. Mungkin bidang yang diceburi mereka jauh berlainan,

Pada tanggal 30 Ogos hingga 8 September ini yang bertempat di Istana Budaya, kisah hidup bekas wanita pertama negara itu akan dipentaskan sebagai usaha mengenang jasanya.

Peranan itu tentunya tidak lain tidak bukan bakal direalisasikan Erra yang sinonim dengan watak Siti Hasmah dalam teater muzikal Tun Mahathir, dua tahun lalu.

Teater Tun Siti Hasmah akan mendapat sentuhan pengarah Adlin Aman Ramli yang tidak asing dalam bidang teater.

Saling mengagumi antara satu sama lain, dua figura ini ditemukan dalam satu sesi khas di ibu kota minggu lalu yang turut disertai mantan perdana menteri . Bukan saja berpeluang berkenalan lebih dekat, baik Siti Hasmah mahupun Erra, mereka tidak ketinggalan berkongsi cerita di sebalik pembikinan teater Tun Siti Hasmah.Ikuti kisah kedua-dua wanita yang penuh dengan aura ini.




sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO