TIGA GAJAH SERANG GADIS CARI PAKU PAKIS

on Saturday, June 9, 2012


Isu Semasa di Johor Bharu  seorang gadis mengikut dua kakaknya mencari pucuk paku pakis  bertukar menjadi tragedi apabila  beliau diserang sekumpulan tiga gajah di Pantai Burong, Mersing kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Mangsa iaitu Zubedah Ayong, 19 berkata, ketika mencari pucuk paku pakis bersama kakaknya, Rasidah, 30, dan Roslina, 28, mereka terserempak dengan sekumpulan seekor gajah dewasa bersama dua anak.

Menurutnya, mulanya berlari ke arah sungai, tetapi berpatah balik ke arah mereka selepas terlihat ada orang di sungai sehingga menyebabkan mereka tiga beradik terkejut dan melarikan diri.

kata zubedah Selepas melihat kakak lari saya juga ikut lari, tetapi nasib saya tidak baik tersepak tunggul kayu dan terjatuh sehingga menyebabkan tangan kiri saya sakit.
Saya fikir dah tak ada harapan untuk hidup kerana melihat sekumpulan gajah berlari ke arah saya yang hanya mampu terduduk kerana tidak berdaya untuk bangun akibat tangan yang terlalu sakit.
Umur saya masih panjang kerana gajah itu hanya melangkah badan saya\ sambil melibaskan belalainya mengenai pinggul saya di sebelah kanan,
Zubedah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, kejadian pertama kali berlaku itu membuatnya fobia dan serik untuk keluar ke hutan lagi.

Sementara itu, Roslina berkata, lokasi itu memang selalu menjadi tempatnya bersama Rasidah mencari pucuk paku pakis, tetapi tidak pernah terjadi peristiwa seumpama itu.

Mangsa sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Mersing dan kemudian dipindahkan ke HSI bagi rawatan lanju.


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO