TASHA SHILA JADI SEBUTAN ISU NEELOFA - ANZALNA

on Sunday, June 17, 2012

Nama Tasha Shila  kini menjadi sebutan. Meskipun Tasha pernah membuat kenyataan mengenai kekecewaan terhadap Neelofa mengenai pertikaian kemenangannya itu di ABP, dia bagaimanapun tidak mahu diheret sama dalam situasi tegang ini.

Tasha ketika dihubungi berkata, dia enggan mencampuri urusan mereka, sementara harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan Anzalna.

Saya tidak tahu yang Anzalna jadikan saya sebagai punca untuk dia luahkan perasaan dia. Bagi saya, siapa yang pernah melalui perkara serupa akan faham dengan perasaan saya, katanya.

Tasha berkata, dia juga bersedia, andai Neelofa turut mahu menyamannya dan dia juga akan bertindak andai perlu.

Saya tak takut jika dia (Neelofa) juga mahu menyaman sama dan saya bersedia jika dia berbuat demikian katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO