SEORANG WARGA EMAS NYARIS DIROGOL

on Sunday, June 10, 2012




Isu terkini di Bandar Bentong seorang warga emas, Chan, 70,nyaris dirogol oleh seorang penyamun yang menceroboh rumahnya  di Kampung Ulu Perting, dekat sini.

Nasib menyebelahinya apabila rayuannya didengari menyebabkan penyamun itu membatalkan hasrat untuk merogol, tetapi bertindak menjerut lehernya menggunakan tali hingga pengsan.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11 malam itu, Chan bersendirian menonton televisyen di ruang tamu, manakala suaminya, Yim, 75, sedang tidur di dalam bilik.

Menurutnya, ketika itu dia terdengar bunyi mencurigakan di bilik tidur anak perempuannya.

Saya terus menuju ke bilik itu dan memetik suis lampu untuk melihat apa berlaku. Namun terkejut apabila mendapati seorang lelaki berpakaian celoreng dengan penutup muka sedang mengacukan senapang tepat ke muka saya katanya.CHAN berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu melalui tingkap yang dipotong.

Menurutnya, suspek juga cuba merogolnya, namun dia tidak jadi berbuat demikian selepas dirayu.

Suspek kemudiannya bertindak menjerut leher saya menggunakan tali dibawanya. Saya tidak sedarkan diri sehingga terasa simbahan air hingga basah seluruh badan, katanya.

Chan berkata, suspek dipercayai pergi ke dapur untuk mengambil air sebelum bertindak menyiram air ke muka dan seluruh anggota badannya menyebabkan dia sedar daripada pengsan, namun ketika itu dia mendapati suspek sudah menghilangkan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia hanya mendiamkan diri sehingga keesokan paginya kerana tidak mahu mengganggu suaminya tidur.


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO