RAMALAN FACEBOOK LENYAP DALAM 8 TAHUN

on Wednesday, June 6, 2012


Isu terkini Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat gergasi masa kini iaitu facebook akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun.

Syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru.



Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap.

Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000" Kata Jackson.

Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap laman sosial ialah, ia akan menjunam kerana perubahan teknologi - ia terpaksa berjuang terhadap perpindahan pengguna kepada teknologi mudah alih.

Facebook dilihat begitu agresif mensasarkan pengguna mudah alih dengan penghasilan pelbagai aplikasi baru, namun ia mesti menghasilkan aplikasi yang menguntungkan tanpa iklan yang begitu mengganggu.

Jackson membahagikan syarikat-syarikat gergasi internet kepada 3 generasi - laman sesawang seperti Yahoo, laman sosial seperti Facebook dan syarikat mudah alih.










sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO