POLIS TEMBAK MATI TIGA PENJENAYAH

on Wednesday, June 20, 2012

Isu terkini di Kuala Lumpur Polis telah berjaya menembak sehingga mati tiga penjenayah dipercayai warga asing yang cuba menyamun rumah sebuah keluarga di Taman Saujana Templer, Rawang 
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, ketiga-tiga suspek ditembak di Kilometer 32, Jalan Selayang-Rawang selepas melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis ketika terserempak dengan sebuah kereta peronda.

Kesemua suspek sebelum itu cuba menyamun sebuah rumah teres yang dihuni lima sekeluarga namun membatalkan hasrat setelah isteri pemilik rumah menyedari kehadiran mereka.
Difahamkan, pemilik rumah itu, Mohd. Azhar Nordin, 46, seorang kontraktor tiada di rumah ketika kejadian. Hanya isteri serta tiga orang anaknya dan seorang pembantu rumah berada dalam rumah itu.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO