POLIS TAHAN 400 MAT REMPIT

on Sunday, June 3, 2012

GEORGE TOWN - Polis menahan 400 orang Mat Rempit termasuk 30 wanita yang keseluruhan berusia 16 hingga 32 tahun dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.
  
  
Ketua Pegawai Operasi tersebut, ASP Alhamdu Sehat berkata operasi dua jam bermula 2 pagi itu melibatkan lebih 20 anggota pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut
  
Ada di antara mereka yang cuba melarikan diri dengan melawan arus jalan raya sehingga salah seorang patah tulang pipi akibat terjatuh namun polis berjaya menahan mereka kerana kawasan terbabit telah dikepung,

 

Alhamdu berkata kesemua yang ditahan termasuk penonton diarahkan menolak motosikal dari lokasi terbabit ke IPD Daerah Timur Laut sejauh kira-kira 7 kilometer untuk siasatan lanjut.
  
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua yang terlibat bebas pengaruh dadah dan alkohol.
  
sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO