PESONA BINTANG CHRISTIAN SUGIONO

on Monday, June 11, 2012

Hiburan kali ini memfokuskan tentang para pengiat seni di Indonesia yang ternyata tidak menenggelamkan persona bintang seperti Christian Sugiono.
Selain memiliki rupa paras yang menjadi kegilaan peminatnya, pelakon berdarah campuran Jerman dan Jawa ini turut mempunyai bakat lakonan yang baik sejak awal penglibatannya dalam industri ini.

Bermula dengan melibatkan diri dalam lakonan fi lem seperti Catatan Akhir Sekolah, Cinta Silver, Jomblo sekitar tahun 2005, akhirnya dia turut diberi tawaran membintangi beberapa buah drama sinetron.

Syukur, orang ramai dapat menerima bakat dan kebolehan saya dalam bidang lakonan ini. Selain dalam bidang lakonan, saya juga agak aktif dengan bidang peragaan.
Oleh kerana terlalu minat dan menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan oleh peminat, saya mahu lakukan karier ini dengan lebih baik supaya tidak mengecewakan mereka,
katanya.

Pada 2007, buat pertama kalinya pelakon yang  mesra dipanggil Tian ini menjalinkan kerjasama dengan produksi dari Malaysia dengan membintangi fi lem Tipu Sana Tipu Sini.

Itu adalah antara kejayaan saya mengembangkan bakat lakonan ke luar negara. Saya gembira kerana diberi peluang seperti itu.
Bagaimanapun, saya akui masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam bidang ini untuk saya terus kekal dan diiktiraf dalam industri ini,
katanya.

Difahamkan walaupun sering sibuk dengan karier sebagai seorang pelakon, Tian masih mempunyai minat dan hasrat untuk melibatkan diri dalam perniagaan makanan.

Seakan mengikut jejak langkah isterinya, Titi Kamal yang mempunyai perniagaan katering, Tian juga memilih untuk membuka restoran ala Jepun yang diberi nama Sushi Miya8i tahun lalu.

Sudah lama saya impikan untuk memiliki perniagaan sendiri dan akhirnya hasrat itu sudah tercapai. Nama restoran saya pilih kerana ia mudah diingati dan 'catchy'.

Harga yang kami tawarkan juga berpatutan untuk semua. Walaupun saya masih baru dalam bidang ini, tetapi dengan tunjuk ajar teman-teman rapat yang berpengalaman, saya pasti perniagaan ini akan berkembang maju,
katanya.

Ini adalh biodata  christian sugiono


Nama: Christian Sugiono
Tarikh Lahir: 25 Februari 1981
Umur: 31 tahun
Isteri: Titi Kamal
Asal: Jakarta, Indonesia

Filem :
Dunia Mereka Tipu Kanan Tipu Kiri (100 Lies To Hide A Wife)
Saus Kacang
Rasa Kabayan
Jadi Milyuner

Sinetron:
Ratu
Kasih Alisa
Amanah Dalam Cinta
Dia Jantung Hatiku

semoga sukses selalu ok!








Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO