ISU TERKINI PANGGUNG LIDO TERBAKAR

on Tuesday, June 5, 2012

Isu semasa di Ipoh satu kejadian yang melibatkan sebuah bangunan yang sedang diubah suai telah terbakar.

 Satu ketika dahulu bangunan tersebut adalah sebuah panggung wayang Lido yang terkenal yang kemudiannya dijadikan restoran.

Difahamkan bangunan tersebut sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan pusat snuker.

Ketua Operasi, Amat Sapekis Rosman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 5.56 petang semalam.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dengan kekuatan 13 anggota bergegas ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.

tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO