MAT REMPIT MAUT DIBAWAH LORI

on Thursday, June 7, 2012

Isu semasa di Kuala Lumpur  Dua mat rempit maut kerana merempuh lori, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalanganitu.

 Tiga motosikal yang ditunggangi empat mat rempit dipercayai hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 3.32 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah lori tiga tan yang membawa muatan ikan.

Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah van yang datang dari arah sama," katanya.

Dua rakan mereka iaitu  Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Semasa kejadian itu berlaku kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan van tersebut.




sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO