KUCING BERNASIB MALANG

on Wednesday, June 6, 2012

Isu menarik. Kucing yang bernasib malang kerana tersedut masuk didalam ekzoz kereta.
dibawah adalah cerita pemilik kenderaan.

Pemilik kenderaan itu mendapati bahawa anak kucing berumur kira-kira dua bulan itu telah tersedut masuk ke dalam sistem ekzoz di mana hanya kepala dan sebelah kuku kakinya yang terjulur keluar.

Pemilik kenderaan itu hanya menyedari bahawa haiwan tersebut masih hidup selepas memandu kenderaannya ke garaj dan diberitahu oleh mekanik bahawa ia masih bernyawa ketika berusaha mengeluarkannya.

Bahagian sistem ekzoz itu segera dikeluarkan dari kereta tersebut lantas dibawa ke balai bomba di mana salah seorang petugas bomba berjaya memotong bahagian tertentu pada sistem itu untuk mengeluarkan haiwan malang itu.

Anak kucing tersebut terpaksa menjalani pembedahan usus dan kini dilaporkan semakin stabil di bawah jagaan sebuah tempat perlindungan di Rio Verde, di barat Negara Brazil.


Namun ketika pemandu menghidupkan enjin, ia tiba-tiba tersedut masuk. Sungguh menakjubkan kerana ia masih hidup. Pemandu telah memandu keretanya berjam-jam lamanya sebelum berhenti untuk memeriksa sesuatu yang tidak kena pada kenderaannya.


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO