KEPALA TERSEPIT BAWAH KERETA

on Thursday, June 14, 2012

Isu semasa di Terengganu Seorang pemuda  tersepit di bawah kereta jenis Perodua Myvi, hampir sejam dalam satu kejadian di persisiran Pantai Tok Jembal, di sini, malam kelmarin.

kejadian yang berlaku kira-kira 7.40 malam itu, mangsa, Amir Hussin, 20-an, dari Kampung Jabi, Jertih  difahamkan memilih kawasan berpasir itu bagi rehatkan badan sementara menunggu teman wanitanya keluar makan malam bersama.

Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila kereta milik teman wanitanya itu terbenam dalam pasir pantai dan pemuda itu kemudiannya bertindak guna ‘jek’ kereta dengan beralaskan batu bukit bagi mengalih kenderaan itu.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Mohd Yazid, kepala  mangsa terperangkap di bawah kereta tersebut kerana ‘jek’ kereta yang digunakan tiba-tiba bengkok menyebabkan tayar  kereta berkenaan semakin masuk ke dalam pasir.

Mangsa yang meniarap tidak sempat selamatkan diri kerana ia berlaku begitu pantas. Bagaimanapun, dia sempat hubungi teman wanitanya bagi dapatkan bantuan bomba.

Kami ambil masa kira-kira lima minit menarik keluar mangsa  tersepit bawah kereta. Mangsa yang separuh sedar alami kecederaan di bahagian bahu dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi rawatan susulan,” katanya.


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO