KAREENA DAN SAIF AKAN BERKAHWIN 16 OKTOBER

on Tuesday, June 12, 2012

Hiburan terkini pasangan romantis Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor, memilih 16 Oktober tahun ini untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Berita gembira itu diumumkan oleh saudara Saif iaitu  Soha Ali Khan menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Soha juga turut berkongsi lokasi pernikahan mereka yang akan berlangsung di Pataudi, tempat asal keluarga Ali Khan.

Terima kasih atas doa untuk bhai (panggilan untuk Saif) dan Kareena. Dengan bahagia saya mengumumkan bahawa pernikahan mereka akan berlangsung pada 16 Oktober di Pataudi, jelasnya.

Sebelum ini, pasangan yang sama-sama membintangi Agent Vinod ini pernah memilih Februari dan Mac lalu untuk melangsungkan perkahwinan.
Namun kerana terlalu sibuk, mereka terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan. Pasangan serasi ini sudah lima tahun menjalinkan hubungan.

Saif sebelum ini pernah berkahwin dengan Amrita Singh, namun bercerai pada 2004 setelah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Manakala Kareena pernah bercinta dengan aktor kacak Shahid Kapoor.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO