JURUSOLEK MATI DIBUNUH DALAM LONGKANG

on Thursday, June 21, 2012

Isu semasa di sungai petani, Seorang jurusolek pengantin ditemui mati dibunuh dalam longkang dengan beberapa kesan tikaman di leher, dada dan pinggang di jalan persendirian berdekatan ladang kelapa sawit di Ambangan Heights, Sungai Lalang, dekat sini, jam 7.30  pagi semalam.

Mayat wanita yang bernama M Revathi, 23, dari Taman Arked, Sungai Petani ditemui orang awam yang melalui jalan dari arah mahkamah ke Ambangan Heights.

Ahli keluarga mangsa, K Valiammah, 51, berkata, wanita itu selalunya pulang dari kedainya di Taman Ria Jaya, di sini pada sebelah petang sebelum mengikuti kelas kecantikan di satu lokasi lagi.
Mangsa bagaimanapun tidak pulang sejak kelmarin.




Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, siasatan masih diteruskan dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di bahagian leher dan dada mangsa, , siasatan turut dibantu seekor anjing pengesan, unit forensik polis dan pegawai perubatan forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO