HARIMAU KUMBANG DI MACHAP

on Wednesday, June 13, 2012

Isu semasa , Machap  Seorang penduduk ternampak kelibat haiwan liar dipercayai harimau kumbang di Kampung Seri Maju Jaya, Machap, Rabu lalu. Abdul Aziz Abdullah, 26, berkata, dia sedang bersarapan pagi di tepi jalan berhampiran kampung berkenaan melihat seekor haiwan keluar dari semak menuju ke ladang sawit Batu 54 yang berada di seberang jalan.

Saya terkejut melihat binatang yang keluar dari semak itu adalah seekor harimau berwarna gelap dan melintas jalan menghala ke ladang sawit tempat penemuan mayat seorang penggembala lembu yang mati itu.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Selepas menyaksikannya, saya terus memberitahu ketua kampung,
katanya,

Sementara itu, Ketua Kampung Seri Maju Jaya, Hashim Misnan berkata, selepas dimaklumkan Abdul  Aziz pada hari berkenaan, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Renggam keesokan harinya.

Bukan itu sahaja, beliau juga memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan jabatan berkenaan bertindak memasang perangkap di kawasan tempat mayat ditemui pada keesokan harinya.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO