FILEM ADEGAN ASMARA JIWA TAIKO

on Sunday, June 3, 2012

Osman Ali iaitu pengarah filem yang hangat diperkatakan setelah beberapa pihak mempersoalkan kewajarannya mengetengahkan beberapa adegan asmara di filem terbarunya Jiwa Taiko.

Terbaru, tidak mustahil keberaniannya menyelitkan beberapa babak asmara dalam filem Jiwa Taiko akan mengundang kontroversi dan pertikaian seperti yang terjadi ketika tayangan filem Ombak Rindu tahun lalu.

Bagaimanapun, Osman menjelaskan, segala paparan yang dimainkan dalam filem terbarunya itu adalah sebahagian dari kisah benar kehidupan remaja liar zaman ini.

Katanya, bukannya mahu menggalakkan pergaulan bebas, sebaliknya segala cerita yang diketengahkannya itu sememangnya berlaku dalam masyarakat kita sama ada kita sedari atau tidak.

Sejujurnya, bila kita buat filem yang mengetengahkan masalah remaja masa kini, kita angkat isu seperti pergaulan bebas, penonton akan melihat pada babak-babak yang ‘daring’.
Padahal setiap paparan, ada mesej yang mahu saya sampaikan dan bukannya saya mahu mempromosikan gaya hidup mereka serta seterusnya menggalakkan remaja lain mencontohinya.
Contohnya mesej yang saya cuba sampaikan, apa yang akan terjadi ekoran tindakan kita yang tiada kawalan dan mungkin terjebak dengan penyalah gunaan dadah, mengandung anak luar nikah dan banyak lagi, jelas beliau.

Osman berkata, pihaknya telah melakukan hampir 30 peratus pemotongan dan 10 peratus lagi dibuat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Nasihat saya lihat filem ini dengan fikiran terbuka dan pandangan yang positif. Lihat apa mesej yang cuba saya sampaikan,” pintanya.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO