DUA BERADIK MAUT SERTAI KONVOI

on Sunday, June 3, 2012



IPOH –dua beradik maut kerana menyertai konvoi buat kali pertama bersama 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi.


 Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa, yang bernama Mohammad Noornazmin Mohd Norzri, 22, dan adiknya,yang bernama Mohammad Noornazafiq, 18, berasal dari Lubok Cina, Melaka, menyertai konvoi dianjurkan oleh sebuah kelab bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.

Mohammad Noornazmin yang juga Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius dengan sebahagian isi perutnya terburai sementara adiknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), tiga jam selepas kemalangan.

Ibu mangsa, Norhiah Abdul Rashid, 53, yang tiba di hospital pada jam 4 petang, tidak dapat menerima kematian dua anaknya serentak.

Menurutnya, dia sempat menghubungi Mohammad Noornazmin sebelum ke pasar pagi tadi dan memberitahu mereka tiba di Putrajaya dalam keadaan selamat.

Pagi tadi Nazmin sempat berjemaah bersama kami dan saya meminta mereka untuk membatalkan hasrat menyertai konvoi ini kerana sudah merasa tidak sedap hati.

“Mereka nampak bersungguh-sungguh, jadi saya melepaskannya dan sempat menasihatkan supaya tidak menunggang laju. Tidak sangka, itulah pelukan terakhir kami,” katanya.


Norhiah berkata, kedua-dua beradik sangat rapat dalam melakukan apa sahaja aktiviti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan itu.

“Motosikal yang dinaiki dua beradik itu berada di lorong kanan sebelum terbabit dalam kemalangan. Mayat mangsa dihantar ke HRPB untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jenazah kedua-dua beradik itu akan dikebumikan ke Kampung Ramuan Cina Kechil, Lubok Cina, Melaka.


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO