DUA BERADIK HADAPI HUKUMAN GANTUNG

on Tuesday, June 12, 2012

Isu semasa di Ayer Keroh Dua beradik dan seorang rakan mereka akan berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa atas kesalahan mengedar 105.6 gram dadah jenis methamphetamine, pada awal tahun ini.

Pasangan adik beradik Norasnirah Rahman, 31, dan Nuraini Nazihah Rahman, 24, bersama Goh Ming Han, 25, didakwa di Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini semalam selepas kes
dipinda dari Mahkamah Majistret.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengedar dadah berkenaan di dalam almari sebuah di sebuah rumah No B1, Pangsapuri Kesidang Seksyen 2, Jalan Kesidang 2/11, Taman Kesidang Seksyen 2, Tengkera, kira-kira 3.30 petang pada 26 Januari 2012.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan setelah tertuduh faham pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Radzilawatee Abd Rahman.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca, sementara peguam bela S Chelvarajan mewakili Ming Han.

Selepas dimohon pihak pendakwaan, Radzilawatee menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes, selain mengarahkan Norasnirah dan Nuraini Nazihah melantik peguam.


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO