BAPA CHONG WEI NAFI BUNUH BUNUH DIRI

on Tuesday, June 12, 2012

Isu terkini di Georgetown Bapa Lee Chong Wei iaitu Lee Ah Chai, 59, menafikan yang dia cuba membunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi kelmarin.

Beliau yang dihubungi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ong Kok Fooi kelmarin mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri.

Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.
Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya..

Sementara itu, Kok Fooi ketika dihubungi Sinar Harian semalam berharap orang ramai tidak salah faham dengan kejadian ini.

Difahamkan, Ah Chai telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya, Datuk Lee Chong Wei.

Kita harap semua masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO