MAXIS LANCAR AWAN PERIBADI

on Sunday, June 3, 2012

MAXIS Berhad (Maxis), melancarkan perkhidmatan awan peribadi pertama yang boleh didapati dalam pelbagai peranti.

Semua pelanggan yang melanggan perkhidmatan Loker menerima ruang simpanan 5GB, yang boleh menyimpan,dan berkongsi kandungan digital peribadi termasuk gambar, video, muzik dan kenalan dari telefon mudah alih, tablet, atau komputer.

trend terkini menunjukkan rakyat negara ini antara yang paling aktif dalam berkongsi pengalaman atas talian menggunakan gambar dan video, sekaligus menjadi peneraju dalam trend ini.

Kami berbesar hati dapat menyediakan perkhidmatan Loker yang membolehkan pelanggan terus berbuat demikian dengan selamat dan tanpa sekatan dalam penyimpanan fizikal pada peranti.

Dengan Loker, pelanggan mempunyai kebebasan untuk menyimpan jumlah kandungan digital yang lebih tinggi.Ruang penyimpanan 5GB adalah bersamaan dengan 5,000 gambar atau 2,500 lagu, jelas beliau.
Pelanggan diberi jaminan semua kandungan digital yang disimpan dalam akaun Maxis Loker adalah selamat dan dilindungi selaras garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).





sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO