75 PELATIH PLKN DI SAHKAN POSITIF H1N1

on Thursday, June 14, 2012


Alor setar 75 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Dusun Minda Resort, Kampung Pisang, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, kes berkenaan mula dikesan apabila ramai pelatih di kem terbabit mula mengalami demam dan batuk.

Seramai 60 pelatih hanya menerima rawatan pesakit luar manakala 15 daripadanya termasuklah 11 pelatih lelaki dan empat pelatih perempuan, ditahan di wad Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut,” katanya

Menurutnya, punca jangkitan dipercayai bermula daripada salah seorang pelatih yang sudah dijangkiti H1N1 yang kemudiannya merebak kepada pelatih lain sama ada akibat batuk atau bersin yang tidak mengikut tatacara yang betul.

Kem itu tidak ditutup sebaliknya semua pelatih dan kakitangan diminta menumpukan kepada aspek penjagaan kebersihan, cuma ingin saya tekankan ialah individu yang mengalami demam dan batuk, perlu segera mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran.


Pihak pengurusan kem berkenaan bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, tinjauan di Hospital Kuala Nerang mendapati beberapa laluan ditutup dan dikhaskan untuk pesakit yang dijangkiti virus berkenaan sahaja.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO