TIPS UNTUK GEMBIRA SEPANJANG MASA

on Tuesday, May 22, 2012

Ini adalah tips untuk gembira sepanjang masa.jika kita sentiasa mengikuti cara-cara ini dengan izin Tuhan kita boleh berjaya.

1) Harus bersyukur dan bersyukur, kita seharusnya bersyukur kerana dapat bernafas dan dapat melihat lagi dunia yang indah ini.

2) Tekad bermotivasi, ucapkanlah kepada hati yang kita mahu bersemangat hari ini.

3) Tingkatkan motivasi dengan mencari motivasi yang terbaik, harus peka kerana jika kita tidak menjaga motivasi diri dengan baik nescaya kita akan merasa tidak bersemangat.

4) Dalam apa juga yang ingin dilakukan mulakanlah dengan bismillah. ini penting untuk menghindarkan semangat kita diganggu oleh syaitan yang jahanam.

5) Mulakan hari dengan mengubah sikap, tetapkan apa yang hendak dicapai.

6) Maafkanlah semua orang yang pernah membuat kita marah, kerana dengan memaafkan seseorang hati kita merasa tenang.

7) Berani dan bersedia untuk berhijrah bagi kecermelangan hidup.sentiasa ingat Allah sentiasa bersama kita,

Semoga tips ini dapat membantu kita kearah yang lebih baik!

selamat berjuang!

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO