SAINTIS BUKTIKAN FAKTA NABI MUSA BELAH LAUT

on Thursday, May 17, 2012

Para Saintis dari Boulder Amerika Syarikat yang diketuai oleh Saintis Carl Drens dari pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional telah membuktikan bahawa Fakta Nabi Musa A.S membelah laut adalah Fakta benar, tidak bercanggah dengan hukum fizik.Seperti yang tercatat dalam kitab suci Al-Quran dan Injil bahawa Nabi Musa a.s membelah laut dengan hanya menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda bersama kaum Bani Israel terperangkap diantara pasukan tentera Firaun yang sedang mara.

Difahamkan juga sekumpulan saintis itu telah mengkaji peta kuno tentang delta Sungai Nil mendapati laut yang terbelah itu adalah sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di Selatan Laut Mediteranian berdekatan Laut Merah dan satu cawangan dengan Sungai Nil.


Dimaklumkan juga bahawa selama 4 jam tiupan angin timur itu akan menjadikan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer dan selebar 4.8 kilometer.setelah selepas angin timur reda, air sungai dan lagun itu akan mengalir ke tempat asal.



Sumber: cerita2pelik

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO