MAUT AKIBAT TERJATUH DARI TINGKAT 13 PANGSAPURI

on Monday, May 14, 2012

Malaysia digemparkan dengan satu tragedi lagi dimana seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 13  di pangsapuri desa mawar farlim di ayer hitam malam tadi.

Kanak-kanak itu tinggal dirumah datuknya dipangsapuri itu bersendirian kira-kira pada jam 8 hingga jam 11 malam tadi, jelas ketua polis daerah timur laut ACP Gan Kong Meng.

Difahamkan kanak-kanak itu tinggal bersama datuknya sejak kecil lagi, ibubapa kanak-kanak tersebut telah bercerai.dan pada saat insiden itu berlaku datuknya tiada dirumah.

Jelas ketua polis itu lagi,belum ada tanda-tanda jenayah berhubung insiden tersebut, dan masa siasatan dijalankan terdapat 2 buah kerusi dibalkoni rumah berkenaan.

mayat kanak-kanak malang itu telah dihantar jabatan forensik ke hospital pulau pinang untuk di bedah siasat

siasatan awal menunjukkan kematian kanak-kanak tersebut difailkan sebagai kes kematian mengejut.

Sumber: sinarharian.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO