KES SAMUN BERSENJATA

on Sunday, May 13, 2012

Alor Gajah:Kes samun bersenjata yang berlaku kira-kira jam 4 pagi dipantai Belimbing Durian Tunggal,dirumah yang didiami oleh Mohd Shamir bersama Isteri Azarita Abdul Rahim 28, Ibunya Nory Md Noor 58 serta Anak tunggal mereka Muhammad Reza Fauzi 2,nyaris terbunuh apabila Tiga Orang yang bersenjatakan Parang, Pisau dan Pemotong Besi memecah masuk kediaman mereka.

Jelas Shamir sebaik saya membuka pintu bilik,  saya terlihat seorang lelaki sebelum dia membaling pemotong besi yang mengenai kepala saya, ia memaksa saya untuk melepaskan sedas tembakan kearah kaki kirinya.

Usaha untuk menyamun itu gagal kerana, salah satu daripada penyamun telah cedera akibat terkena tembakan,
dan seorang lagi cedera diperut juga akibat terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan oleh Mohd Shamir yang juga tercedera didahi.

Akibat daripada kejadian itu Polis telah berjaya menahan suspek yang berasal dari Indonesia yang berusia 37 Tahun yang telah terkena tembakan dikaki  kiri, kira-kira 100 meter dari rumah mangsa sedang mengerang kesakitan.
Raja Sharom membuktikan barang yang digunakan dalam kes samun terbabit
dua orang lagi rakannya sempat melarikan diri dari diburu oleh pihak polis.

sumber gambar: hmetro.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO