JASA IBU

on Sunday, May 13, 2012

Pada suatu hari,seorang Emak itu menyuruh Anaknya untuk membantu mengemaskan Rumah mereka,setelah didengar oleh sianak ,dia terus berkata dengan emaknya,"boleh tak da masalah mak, kejap ya, saya buat sebut harga dulu"

Menyapu dalam rumah RM10
Menyapu luar rumah RM10
Mengemas rumah RM10
Mencuci pinggan mangkuk RM10
Mencuci pakaian RM10

Jadi semua RM50 mak bayar dulu baru saya buak ok!.

Mendengar cakapnya anaknya itu, si ibu pun berkata dengan nada yang lembut sekali.


Nak mengandungmu selama 9 bulan FREE
Lepas lahir mak tak boleh jalan 44 hari tapi mak untuk jaga kau FREE
Sudah kau besar sedikit ko nak itu,nak ini semua FREE
Kau besar sikit lagi mak hantar kau sekolah FREE, mak tambah lg duit poket
Sehingga sekarang ko nak sambung belajar pergi universiti pun mak tanggung FREE
Kalau itu yang mak suruh kau  nak mak bayar kau lagi, mak sanggup nak, sebab mak dah tak boleh buat kerja berat lagi.

mendengar keluhan si ibu, sianak terus memeluk ibunya dengan erat sekali, lalu berkata aku minta maaf ibu.

kesimpulannya disini: jika kita diberi tugas untuk memlakukan sesuatu, jangan la kita meminta imbalan, lebih-lebih lagi kepada kedua orang tua kita.buat sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas, sesungguhnya tuhan itu maha melihat apa yang kita lakukan

Untuk para pembaca yang bergelar ibu SELAMAT HARI IBU

ikhlas dari SEMUDAH ITU

sumber gambar: tintamujahid90.blogspot.com
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO