GEMPAR AIR TELAGA MERAH

on Friday, May 11, 2012

 SEMERAK,PASIR PUTEH- Penduduk di kampung dalam Rhu disini gempar
apabila telaga milik seorang pengusaha keropok mengeluarkan air berwarna merah
seakan akan air sirap.


Cuba kering telaga
Menurutnya, mereka hanya menggunakan ia untuk tujuan membersihkan diri sahaja dan bersyukur kerana setakat ini air yang digunakan itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepada kesihatan mahupun kulit mereka.

Ramli berkata, sudah beberapa kali dia cuba mengeringkan air telaga tersebut bagi mencari punca kejadian itu berlaku tetapi gagal apabila air yang keluar masih lagi berwarna merah.

“Daripada pemerhatian saya dan beberapa rakan, kami dapati air berwarna merah tersebut keluar dari mata air yang terdapat di dalam telaga itu.

“Kami sudah menyedut keluar semua air sehingga tinggal tanah sahaja tetapi tidak sampai sejam air mulai keluar semua dan masih berwarna merah.

“Jadi saya berharap jika ada pihak yang berkaitan membaca berita ini diharap mereka tampil untuk membuat pemeriksaan kerana saya ingin mengetahui punca sebenar kejadian tersebut,”
katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO