BUBU DAN SYAHRINI AKAN BERKAHWIN

on Thursday, May 31, 2012

Syahrini, Syazni Alias atau Bubu masih hangat dikatakan dan sekarang ini berhasrat untuk berkahwin, Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, namun cinta mereka tetap teguh.

Hubungan terjalin selama dua tahun itu khabarnya tidak akan di sia-sia begitu sahaja kerana masing-masing ingin lebih serius.

Bubu, menerusi temu bual akhbar tempatan, mengakui dia dan Syahrini masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.

Jelas Bubu “Alhamdulillah, hubungan kami semakin dekat seperti yang diinginkan sebelum ini. Namun, untuk memperkatakan mengenai hubungan pernikahan, ia masih belum dibincangkan lagi.

Saya rasa, masih terlalu awal untuk berbincang mengenai perkara itu, namun tidak menolak sekiranya ada jodoh dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara Syahrini pernah mengakui semakin selesa bersama Bubu dan tidak menolak untuk membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© uncledoy | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO